Siakap Keli
Gambar : TheMirror

4 Sekeluarga Maut Hanya Beberapa Minit di Sebuah Hotel 5 Bintang

4 sekeluarga maut akibat asphyxia di kompleks sauna hotel 5 bintang ketika bercuti di Albania. Mangsa-mangsa yang terlibat termasuk dua pasangan suami isteri dari Rusia dalam lingkungan 60 tahun dan 59 tahun, bersama anaknya, 31 dan pasangannya, 37 tahun.

Misteri mengelilingi kematian mereka ketika pihak polis sedang menyiasat kejadian sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan kematian hanya dalam beberapa minit sahaja. Menurut sumber, keluarga itu baru sahaja mendaftar masuk ke sebuah hotel mewah ketika berada di sauna itu. Sebelum kejadian, mereka sempat memesan beberapa makanan ringan ke kompleks sauna tersebut.

Dalam kenyataan media Albania,  salah seorang pekerja hotel berteriak kerana ingin mengatakan bahawa pesanan mereka sudah siap namun tiada sahutan sebelum masuk ke dalam sauna dan melihat sendiri keadaan yang berlaku.

“Seorang sedang terbaring di atas katil jemuran dan dua orang di sauna.”

“Seorang lagi sedang duduk di kolam dan mereka semua berada dalam keadaan seperti tercekik,” tambahnya lagi.

Kata pihak polis, ” Mayat-mayat tersebut dijumpai sekitar 22:00 di sauna itu dan semuanya mengalami sesak nafas”.

Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian sebenar dan semua kakitangan hotel akan disoal siasat. Beberapa penyiasat sedang berusaha untuk membongkarkan bagaimana kes kematian ini berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja.

Sumber : TheMirror

Fathin Nadzira