Siakap Keli
Gambar: allkpop

Peminat Kecewa Lepas Tonton Episod 15 ‘Hometown Cha Cha Cha’, Ini Sebabnya

Kalau sebut je Kim Seonho mesti ramai tahu. Kim Seonho yang semakin popular dengan siri dramanya tahun lalu yang berjudul ‘Start up’. Kini, dia muncul lagi dengan drama bersirinya yang berjudul ‘Hometown Cha Cha Cha’

Drama ini berkisahkan mengenai dua orang watak utama iaitu Kim Hyejin yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dan juga watak heronya iaitu Hong Du Sik yang dilakonkan oleh Kim Seonho.

Drama bersiri ini membawakan jalan cerita yang ringan dan begitu bersahaja. Bukan setakat gandingan pelakon yang hebat menjadi bualan dan kekuatan drama bersiri ini, namun jalan cerita yang menarik dan penuh ‘plot twist’ juga menjadi salah satu daya penarik peminat drama untuk menonton drama ini.

Sejurus selepas episod ke-15 ditayangkan semalam, peminat drama ini mula kecewa dengan ‘plot twist’ yang ditayangkan. Hal ini berikutan dengan jalan cerita yang menunjukkan bahawa Hong Du Sik iaitu hero bagi drama ini merupakan penyebab mengapa pengawal keselamatan syarikat tempat beliau pernah bekerja itu, cuba untuk membunuh diri.

Pengawal keselamatan syarikat tersebut kecewa kerana telah mengalami kerugian yang besar setelah melabur kesemua wang yang beliau ada dengan syarikat itu. Episod 15 ini menunjukkan bahawa Hong Du Sik adalah punca mengapa pengawal keselamatan itu cuba untuk bunuh diri dan juga punca mengapa sahabat karibnya ditimpa maut.

Kebanyakan peminat bagi drama ini turut kecewa dengan penulis kerana telah membuatkan watak Hong Du Sik kelihatan sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen yang turut disertakan dalam laman komuniti di Korea yang dipanggil ‘Blind’

Sumber: allkpop 

Nadhirah