Siakap Keli

Perdana Menteri Menegaskan Para Guru Untuk Akur Divaksin

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Seri Yaakob berkata bahawa guru merupakan antara penyumbang jumlah yang tertinggi daripada segi pekerjaan yang belum menerima vaksin lengkap di Malaysia.

Datuk Ismail Sabri menegaskan bahawa semua guru seharusnya akur dengan arahan Kementerian Pendidikan untuk melengkapkan pengambilan vaksin Covid-19 sehinggalah selesai tempoh matang. Hal ini ditegaskan bagi membuat persediaan sebelum bermulanya persekolahan secara bersemuka.

Tambahnya lagi, walaupun setakat ini pengambilan vaksin tidak diwajibkan oleh kerajaan, namun semua guru haruslah melengkapkan dua dos vaksinasi sebelum masuk ke sekolah nanti.

“Kementerian Pendidikan menekankan bahawa semua guru perlu divaksin sebelum bermulanya sesi pengajaran secara bersemuka.”katanya.

“Guru yang tidak divaksin bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, malahan juga merbahaya kepada rakan guru dan pelajar lain terutamanya yang bawah daripada 18 tahun.” tambah Perdana Menteri kesembilan itu lagi.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik Kementerian Pendidikan. Program ini telah menyerahkan peranti komputer kepada 1093 orang perlajar Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera, Bandar 32 Felda Sebertak hari ini.

Beliau berkata lagi bahawa guru yang tidak lengkap dua dos vaksin akan kehilangan banyak faedah seperti larangan merentas negeri dan tidak boleh beraktiviti seperti kebiasaannya mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Sumber: Utusan Malaysia 

Akhmar Ikmal