Siakap Keli
Gambar : via Astro Awani

Polis Buru Individu Buat ‘Prank’ Yang Cuba Cederakan Orang Awam

Ketua Polis Daerah Brickfield, Kuala Lumpur mengesahkan sedang menyiasat mengenai individu tular yang mahu mencederakan orang awam menaiki eskelator di sebuah pasar raya. Dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang mengacah mahu memukul beberapa orang ramai pada ketika menaiki eskelator.

Kata beliau, pihak polis telah mengesan video berkenaan menerusi akaun Facebook sekitar jam 6.00 petang, Jumaat lalu.

“Tarikh dan masa kejadian sebenar video dirakam masih tidak dipastikan lagi” tambah beliau pada kenyataan Sabtu lalu.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta saksi atau individu yang terlibat tampil untuk membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

“Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan. Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi hotline Polis Brickfield di talian 03- 2297 9222” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

Fathin Nadzira