Siakap Keli

Kena Bayar Ganti Rugi Ke Kalau Kemalangan Terlanggar Bangunan Atau Kemudahan Awam? Ini Anda Kena Tahu

Masih terdapat ramai pengguna jalan raya pada masa kini yang tidak terlalu mengambil tahu berkaitan ganti rugi yang perlu mahupun tidak untuk dibayar sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Satu perkongsian telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter berkaitan adakah seseorang itu perlu membayar ganti rugi sekiranya dia terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kerosakan bangunan atau kemudahan awam. Perkara ini merupakan satu perkara penting yang perlu diambil tahu oleh semura pengguna jalan raya.

Dalam perkongsian tersebut, pengguna Twitter yang dikenali sebagai CARPUT menjawab bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan pelanggaran bangunan atau kemudahan awam tidak perlu membayar ganti rugi. Namun, kerosakan kemudahan awam tersebut tidak boleh melebihi RM3 juta.

Dia juga menjelaskan bahawa kerosakan tersebut akan dituntut ke atas syarikat insurans kereta yang diambil oleh pengguna itu.

Perkongsian yang mendapat jumlah suka hampir tiga ribu ini menegaskan bahawa kerjaan bukan suka-suka mewajibkan semua pengguna jalan raya untuk mengambil insurans yang aktif sebelum menggunakannya di atas jalan raya.

Selain itu, CARPUT juga berkongsi berkaitan tuntutan insurans third party claim (harta benda, kecederaan, kematian) boleh sehingga RM3 juta maksima.

Apa sahaja kerosakan akibat kereta kamu semua, pihak ketiga akan tuntut dengan insurans yang kau semua ambil.

Oleh itu, sangatlah penting untuk semua pengguna jalan raya mengambil tahu berkaitan segala ilmu jalan raya sama ada kecil mahupun besar.

Sumber: CARPUT

Akhmar Ikmal