Siakap Keli

(Video) Jangan Letak Phone Anda Dekat 3 Tempat Ini, Korang Kena Tahu Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Handphone telah menjadi salah satu keperluan manusia dan boleh dikatakan hampir 24 jam berdamping dengan pemiliknya. Kalau dulu telefon bimbit adalah satu kemahuan tetapi zaman dah berubah ia menjadi satu keperluan.

Walau bagaimanapun, tabiat ‘melekat’ boleh menberikan kesan buruk terhadap kesihatan anda.

Berikut merupakan 3 tempat yang perlu dielakkan untuk menyimpan atau meletakkan handphone anda:

  • Jangan letak handphone dalam poket seluar.

Terutamanya kaum lelaki kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki. Apabila handphone disimpan dalam poket seluar, ia mampu mengeluarkan haba panas. Sekiranya handphone ‘duduk’ berdekatan dengan testis, ia boleh memberi impak buruk kepada sistem pembiakan.

  • Jangan bawa handphone masuk tandas.

Seperti sedia maklum, tandas mempunyai banyak bakteria. Ini bagi menghalang lebih banyak bakteria daripada menumpang pada skrin handphone anda.

  • Jangan letak handphone bawah bantal sewaktu tidur.

Tidak dinafikan amalan meletak handphone di bawah bantal sewaktu tidur adalah untuk mendengar bunyi alarm pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, amalan ini dapat meningkatkan suhu dan meningkatkan risiko kebakaran.

Boleh tonton video penuh di akaun TikTok @cikgu_saleha

@cikgu_saleha

Jaga2 Tempat ini bahaya #tiktokguru #fyppls #tipsandtricks

♬ BISMILLAH – Riyan Fvnky

Sumber: TikTok

Aireena Marizan