Siakap Keli
Gambar: TikTok Anies Aida Muda

(Video) Macam Pengantin Baru, Anak Rai ‘Anniversary’ Mak Ayah Sambil Cipta Kenangan Bermakna

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan ibu bapa kita. Ada orang mungkin bagi hadiah berbentuk kek atau wang sebagai tanda kasih sayang mereka. Malah ada juga yang berikan hadiah berbentuk percutian untuk ibu bapa mereka.

Tetapi hal ini lain pula dengan wanita ini. Pemilik akaun Tiktok Anies Aida Muda ini berkongsikan bagaimana beliau memanfaatkan anniversary ke-53 kedua-dua ibu dan bapanya dengan pakaian lengkap busana pengantin bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video itu, beliau telah mengenakan solekan ke atas ibunya supaya kelihatan seperti pengantin baru. Bukan itu sahaja, kedua-dua ibu dan bapanya turut disuaikan dengan pakaian kuning diraja. Bapanya pula lengkap dengan keris dan ibunya lengkap dengan mahkota di atas kepala yang digandingkan dengan selendang berwarna putih.

Bagi memastikan bahawa kedua-dua ibu dan bapanya bahagia, beliau sanggup meminjam pakaian pengantin itu daripada sahabatnya. Kesemua gambar yang dikatakan di ambil di belakang rumahnya itu hanyalah ditangkap dengan menggunakan telefon Iphone 7 miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terharu dengan apa yang dilakukan oleh pemilik akaun itu. Ada juga yang mendoakan ibu dan bapanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah.

@akak_nikelako

Unplanned aku buat smua ni sempena anniversary ma&aboh ke 53.amek gambo blkg rmh .. gambar kita bole ulang tgk sbg kenangan..bahagia itu kita yg cipta #fyp #fypplisssssss

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Sumber: TikTok Anies Aida Muda

Nadhirah