Siakap Keli
Kredit: Hafizi Zain

(Video) Tak Perlu ‘Download’, Ini Cara Paling Mudah Buat Font Menarik Di Whatsapp

Aplikasi WhatsApp merupakan aplikasi yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. WhatsApp ini telah memudahkan masyarakat untuk berkongsikan pelbagai jenis info dengan hanya satu klik sahaja iaitu dengan menekan butang hantar lalu mesej tersebut akan terhantar kepada si penerima.

WhatsApp turut menyediakan kemudahan untuk kita berkongsikan gambar, lagu-lagu dan juga video. Aplikasi ini menjadi aplikasi yang selalunya digunakan oleh para pelajar untuk membuat perbincangan tanpa perlu bersemuka.

Berikutan itu, tahukah anda bahawa aplikasi WhatsApp ini sebenarnya ada menyediakan pelbagai jenis font (tulisan) untuk kita menghantar mesej kepada rakan kita yang lain.

Seperti perkongsian di akaun TikTok Hafizi Zain, beliau menunjukkan beberapa jenis tulisan yang boleh digunakan di dalam WhatsApp. Menerusi video tersebut, terdapat lima jenis tulisan yang telah diajarkan.

  1. Tulisan bold
  2. Tulisan Italic
  3. Tulisan Slash
  4. Tulisan combine
  5. Tulisan lain

Bagi menghasilkan tulisan bold, pengguna WhatsApp hanya perlu meletakkan simbol * pada awal dan akhir mesej yang ingin dihantar. Kesemua jenis tulisan ini sesuai untuk digunakan bagi penghantaran mesej menerusi aplikasi ini.

Rata-rata warganet di ruangan komen kelihatan berpuas hati dengan perkongsian tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bagaimana cara untuk menghasilkan lima jenis tulisan ini anda boleh menonton video di bawah.

@hafizi.zain

CARA BUAT FONT MENARIK DI WHATSAPP. Jom tengok sampai habis.. #viral #tipsbisnes #fyp

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: TikTok Hafizi Zain

Nadhirah