Siakap Keli
Gambar: Fatim Arzmi

(Video) Tak Sangka Boleh Makan Malam ‘Atas Langit’ Kat Dengkil, Hanya RM35 Siap Makanan

Dengkil adalah sebuah bandar kecil dalam daerah Sepang yang terletak di antara Cyberjaya dengan Salak Tinggi. Kalau sekali pandang, mungkin bandar Dengkil ni nampak macam tak banyak tempat tumpuan yang boleh dikunjungi.

Tapi siapa sangka di bandar sekecil Dengkil rupanya ada tempat menarik yang mungkin ramai tak tahu. ‘Penemuan’ ini telah dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Fatim Arzmi di laman TikToknya.

Melalui video tersebut, Fatim memuatnaik rakaman kunjungannya ke sebuah restoran tergantung yang dinamakan Gamuda Cove. Tambah Fatim dalam video tersebut, caj restoran tergantung ni hanya RM35 sekali pesanan makanan.

Selain dapat merasakan sensasi dinner in the sky, pengunjung di restoran tergantung Gamuda Cove ni juga berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau.

@dedara.co

Tak sangka kat cyberjaya ada tempat macam ni 😭! Rm35 sekali meal. #fypシ #fypage #fypviral #gamudacove #discoverypark #cyberjaya #fypviral #fypviralシ

♬ original sound – cytō⛩ – Cyto

Sumber: TikTok Fatim Arzmi

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.