Siakap Keli
Gambar: TheMirror

Wanita Dilapor Sambut Cahaya Mata Pertama Pada Usia 70 Tahun, Dipercayai Salah Seorang ‘Ibu Baru Tertua’ Di Dunia

Seorang wanita yang mengaku dirinya berusia 70 tahun baru sahaja menyambut kelahiran bayi pertamanya pada usia berikut, dan menjadikan dia salah seorang ibu baru pertama yang tertua di dunia ini.

Menurut Mirror, wanita bernama Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari berusia 75 tahun telah mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah sekian lama sebelum melakukan rawatan IVF.

Menurut Jivunben Rabari, mereka telah menggunakan kaedah In-Vitro Fertilization IVF bagi membolehkan isterinya mengandung. Kaedah ini sesuai untuk isteri yang berusia 40 tahun ke atas atau untuk suami yang bilangan spermanya sudah kurang berikutan sudah tua.

Gambar via Mirror

Pasangan itu turut dilaporkan telah berkahwin selama 45 tahun. Walaupun wanita tersebut tidak dapat membuktikan usianya sudah mencecah 70 tahun, tetapi beliau tetap menegaskan kepada para wartawan tempatan mengenai usianya itu.

Menurut Dr. Naresh Bhanushali, pada awalnya beliau menegaskan bahawa agak sukar untuk pasangan tersebut mendapatkan anak berikutan usia mereka yang agak tua. Tetapi doktor tersebut telah mencadangkan kaedah IVF.

Sumber: The Mirror

Nadhirah