Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Awas, 10 Negeri Diramal Akan ‘Dibadai’ Ribut Petir & Hujan Lebat Sehingga 7 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sebentar tadi yang dijangka melanda kebanyakan negeri di Malaysia hingga malam ini.

Menurut kemaskini MetMalaysia sehingga jam 2.45 petang tadi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai 10 negeri wilayah persekutuan hingga jam 7 malam ini.

Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat hingga jam 5 petang termasuk:

  • Negeri Sembilan: Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin
  • Melaka
  • Johor: Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru

Manakala kawasan yang terlibat hingga jam 7 malam adalah:

  • Perlis
  • Kedah: Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu
  • Pulau Pinang: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
  • Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim
  • Pahang: Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan
  • Selangor: Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang
  • Johor: Segamat
  • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat)
  • WP Labuan

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu dalam keadaan cuaca sebegini agar dapat mengelak kejadian tak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia

Eyla Azri