Siakap Keli
Gambar : Montana's News Leader

Lelaki Berjaya Tanam Labu Terbesar Dengan Berat 2,500 Paun, Malangnya Tidak Direkod & Ini Sebabnya

Seorang lelaki Wisconsin telah berjaya menghasilkan tanaman labu terberat di Wisconsin, iaitu seberat 2, 500 paun. Hasil labunya berjaya mencatatkan rekod kedua terberat di dunia yang dihasilkan pada tahun ini.

Malangnya, rekod yang diperoleh tidak akan dicatat dalam mana-mana rekod dan penanam tersebut tidak akan memperoleh kemenangan kerana telah hilang kelayakan.

Mike Schmit hampir mencatatkan rekod labu paling berat di Wilayah Wisconsin dan namanya akan berada dalam senarai sepanjang masa tanaman labu di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, labu-labunya retak. Hal ini menjadikannya hilang kelayakan untuk menyertai mana-mana pertandingan pada tahun ini, seperti 2021 Safeway World Championship Pumpkin Weigh-Off di Calfornia.

Kejuaraan Dunia akan membayar $9/paun kepada pemenang, yang membolehkan Schmit memenangi $22, 680.

“Ia sudah berlaku. Tidak ada tangisan pada labu yang tumbuh,” jelasnya.

Schmit menanam labu raksasa tersebut di Markesan, Wisconsin yang terletak kira-kiran 30 batu di sebelah Barat Fond du Lac. Anehnya, dia sendiri tidak kecewa  perkara ini boleh berlaku kerana kadang kala labu tersebut boleh retak ketika dalam perjalanan ke tempat pertandingan.

“Saya tahu saya boleh melakukannya lagi pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Gambar: KTVQ

Schmit mula menanam labu raksasa ini sejak tahun 2016 dan dalam masa yang singkat, dia telah berjaya memenangi 3 pertandingan. Tahun ini merupakan tahun pertama dia terpaksa melepaskan nilai 2, 500 paun.

Menanam labu bukanlah hobi paling biasa, tetapi tidak bagi Schmit.

“Ada yang kata kami gila, tetapi anda sendiri lihat, kami hanyalah orang yang suka bermain dengan kotoran,” katanya. Tambahnya lagi, labu-labunya sering mendapat perhatian orang ramai. Ada yang sanggup berhenti untuk menangkap gambar dan ada juga kanak-kanak yang terpesona melihat labu-labunya.

Schmit akui bahawa sukar untuknya melihat hasil titik peluhnya itu tidak berbayar. Sepanjang menanam  labu gergasi itu, dia telah menghabiskan masa sebanyak 10 jam seminggu untuk setiap satu labu.

Schmit telah menanam 3 labu gergasi dan bermaksud dia telah menghabiskan masa sekitar 30 jam seminggu menyiram dan mengekalkan tanaman labunya. Ketiga-tiga labunya menerima nasib yang sama.

Benih yang digunakan juga memang direka khusus untuk tumbuh dengan lebih besar. Genetik benih tersebut dipantau secara ketat, seperti memelihara ternakan. Labu-labunya pernah mencecah rekod seberat 53 paun sehari dan memerlukan 150 gelen air sehari.

Walau bagaimanapun, Schmit akan menyimpan labu tersebut untuk mengambil benihnya dengan harapan dapat menanam hasil labu dengan berat yang sama dan mencatat rekod terbaharu pada pertandingan yang akan datang.

Sumber : Montana’s News Leader

Fathin Nadzira