Siakap Keli
Gambar Hiasan via India Today

Murid Sekolah Dilapor Maut Setelah Telefonnya Meletup Ketika Hadiri Kelas ‘Online’ Sambil Mengecas

Seorang murid sekolah rendah di Vietnam dilaporkan maut setelah telefonnya meletup semasa menghadiri kelas dalam talian sambil mengecas peranti tersebut, tulis Daily Star.

Menurut seorang pegawai kanan pendidikan, pelajar itu menggunakan telefonnya untuk menghadiri kelas dan tiba-tiba peranti itu meletup serta dilapor membakar pakaiannya.

Menurut Tuoi Tre News, telefon bimbit berkenaan sedang dicas ketika letupan tersebut berlaku. Mangsa dikatakan sedang menghadiri kelas dalam talian di rumah ekoran sekatan COVID-19 di negara itu yang membataskan kehadiran pelajar di sekolah.

Ketika kejadian itu berlaku, jiran-jiran berlari ke rumahnya dan membawa mangsa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan apabila murid tersebut dilaporkan meninggal dunia sebelum tiba.

Le Trung Son, seorang pegawai kanan pendidikan mengesahkan berita itu dan mengatakan para pegawai mengunjungi keluarga itu untuk mengucapkan takziah, tulis Daily Star.

Tambah Daily Star, polis sedang menyiasat kes tersebut.

Sumber: Daily Star

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa