Siakap Keli
Gambar Via Liputan6

Padah Sorok Duit Dari Isteri, Lelaki Berputih Mata Duit Disorok Rosak Digigit Tikus

Gara-gara sembunyikan wang dari isteri, seorang lelaki berputih mata setelah wang yang disimpan olehnya di dalam kereta dilaporkan telah rosak dimakan tikus.

Menurut Liputan6, lelaki dari Thailand itu memilih untuk menyembunyikan wang di dalam kereta tersebut kerana merasakan bahawa ia tidak akan ditemui oleh isterinya.

Bagaimanapun, nampaknya tindakan itu telah ‘memakan diri’ apabila sebahagian besar wang yang disimpannya itu berada dalam keadaan yang tidak dapat digunakan lagi.

Gambar Via Liputan6

Difahamkan, wang yang disembunyikannya di dalam bahagian enjin kereta itu bernilai 45,000 Baht (RM5,626) dan telah diketahui oleh isterinya.

Lebih malang apabila keretanya juga mengalami kerosakan kerana tikus-tikus tersebut.

Video ketika lelaki itu dan isterinya mengeluarkan wang tersebut telah tular di media sosial.

Ada sesetengah netizen yang memberikan nasihat kepada lelaki itu agar segera menukarkan wang yang telah rosak di Bank of Thailand. Menurut mereka, pertukaran wang boleh dilakukan sekiranya syarat dipenuhi.

Sumber: Liputan6

" "