Siakap Keli
Gambar: TikTok kentangselamanya_

(Video) Baru ‘First Day’ Balik Kampus, Monyet Dah Mula Tunjukkan Diri, ‘Ceroboh’ Bilik Pelajar

Kebiasaannya pelajar masuk semester baharu pada bulan September tetapi sejak pandemik yang melanda Malaysia tahun lalu, kemasukan pelajar dianjakkan ke bulan Oktober.

Begitu juga dengan tahun ini, kemasukan pelajar bagi semester baharu adalah seawal bulan Oktober. Kebiasaannya pelajar yang menetap di kolej atau asrama akan pulang awal ke tempat kediaman untuk mengemas bilik dan barang-barang.

Pelajar yang baru masuk kampus akan didatangi dengan perasaan ingin pulang ke rumah. Ada juga yang didatangi perasaan ingin menangis dan sebagainya. Tetapi hal ini berbeza pula dengan pelajar ini.

Menerusi perkongsian video pelajar ini, beliau didatangi oleh seekor monyet yang masuk ke dalam biliknya di asrama. Monyet tersebut dikatakan telah menceroboh biliknya dan duduk di atas meja belajar milik pelajar tersebut.

Tetamu tak diundang tersebut telah menimbulkan panik terhadap pemilik bilik asrama tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat tetamu tidak diundang itu, siap bagi cadangan tak nak bagi haiwan tu datang dah.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi perkara yang sama, dan berkongsikan barangan yang diambil haiwan berkenaan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah.

@kentangselamanya_

HAHAHAHAHAHAHHAHAAH BARU FIRST DAY MASUK KAMPUS 😭😭😭🤌🏼#fyp #fypシ #foryoupage #funnyvideos #tibehhhhhhh #bendadahviral

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Sumber: TikTok kentang selamanya_

Nadhirah