Siakap Keli

(Video) Berang Tak Dibayar Gaji, Lelaki Mengamuk Bawa Ekskavator “Hancurkan” Lori Syarikat

Berang kerana gajinya tidak dibayar, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan amarahnya dengan memandu sebuah ekskavator dan merosakkan beberapa buah lori milik syarikat tempat dia bekerja, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Turki.

Mendurut Daily Mail, lelaki berkenaan hanya tidak dibayar gaji sebulan dan syarikat berkenaan merupakan syarikat milik bapa saudaranya.

Akibat tindakan tersebut, pakciknya dilapor menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat memusnahkan bumbung beberapa buah lori dan turut kelihatan beberapa orang berteriak dipercayai mengarahkan dia berhenti daripada terus memusnahkan harta syarikat.

Mereka bagaimanapun berjaya memanjat eskavator dan menghalang lelaki berkenaan daripada terus bertindak demikian.

Mengikut laporan media tempatan, lelaki berkenaan sudah dibawa berbincang dengan pakciknya dan perkara berkenaan berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada dia bakal berdepan dengan sebarang hukuman ataupun sebaliknya.

 

 

Sumber: Dailymail

" "