Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

(Video) Detik Cemas Wanita Dukung Bayi Dirakam Terjatuh Dalam Lubang Ketika Berjalan Sambil Gunakan Telefon

Detik mendebarkan apabila seorang wanita yang memegang bayinya yang berusia sembilan bulan ‘terjun’ ke dalam lubang yang mungkin tidak disedarinya kerana bermain telefon bimbit, lapor Daily Mail.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kedua-duanya telah diselamatkan oleh orang ramai yang berada berdekatan situ.

Rakaman CCTV memaparkan seorang wanita berjalan dan terjatuh ke dalam lubang bersama anaknya berusia 9 bulan dengan satu lengan mendukung dan satu lagi tangan menggunakan telefon bimbit.

Dalam rakaman tersebut, ibu itu dilihat tidak menyedari lubang berkenaan dan melangkah tepat pada lubang tersebut. Seorang lelaki juga dilihat turun ke lubang tersebut untuk menyelamatkan ibu dan bayi berkenaan dan turut dibantu oleh orang lain.

Walau bagaimanapun, bayi tersebut dikeluarkan terlebih dahulu sebelum wanita berkenaan dikeluarkan dan lantas bergegas memeriksa anaknya.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa