Tular satu rakaman di TikTok yang memaparkan kejadian panahan petir berhampiran sebuah lebuhraya, semalam.
Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh @kejutartora, petir itu dilihat menyambar pokok yang berada di sekitar kawasan itu. Mujurlah, ia tidak terkena pada penunggang motosikal dan kenderaan lain yang melalui lebuhraya itu.
Video yang dirakam dengan menggunakan dash cam itu juga menyaksikan panahan petir itu berbunyi sangat kuat seperti bom dan mengeluarkanΒ kesan api.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi lebuhraya tersebut.
@kejutartora Live depan mata td. Bunyi mcm bom…. #dashcam #flash #myvideo
β¬ original sound – π Ίπ ΄π Ήππ π°π π πΎπ π°
Rata-rata netizen meluahkaan rasa takut melihat keadaan petir itu dan turut bersyukur kerana tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Sumber: kejutartora