Siakap Keli

(Video) Seakan Bola Api, Objek Merah Jatuh Dari Langit Gemparkan Pagi Subuh Warga Acheh

Kecoh di media sosial di negara jira, Indonesia apabila tularnya satu rakaman yang menggemparkan pagi Subuh penduduk di Simpang Lancang, Pintu Rime Gayo, Bener Meriah,Acheh.

Menurut laporan Liputan6, satu objek bewarna merah seakan-akan bola api dilihat jatuh dari langit dalam kejadian yang berlaku pada 14 Oktober itu.

Lebih menyeramkan, cahaya merah berkenaan dilihat jatuh perlahan-lahan disebalik kepulan awan yang menghiasi dada langi di pagi hari.

Tidak dapat dipastikan identiti objek merah berkenaan, bagaimanapun ia sudahpun ditonton lebih 500,000 kali sejak dimuat naik ke laman Instagram Fakta Indo.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat ia mungkin berpunca dari tembakan pistol suar. Tak kurang juga yang mengaitkan fenomena berkenaan dengan meteor, iaiutu batuan yang berasal dari angkasa lepas.

Saksikan video berkenaan dibawah, apakan agaknya objek berkenaan?

 

 

 

Sumber: Liputan6

Sofea

There's always another side to every story