Siakap Keli

(Video)Tak Dibenarkan Pasang Langsir, Cikgu Guna Duit Sendiri Pasang “Tinted” Kat Cermin Kelas, Takut Murid Panas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak awal bulan ini, beberapa kumpulan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah kembali semula ke sekolah dan dibenarkan untuk belajar secara bersemuka mengikut SOP yang ditetapkan.

Guru dan pelajar pastinya teruja dengan pengumuman itu kerana sudah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sempena menyambut kedatangan para pelajar, seorang guru berkongsikan mengenai persediaan yang dilakukannya terutama dalam memberikan keselesaan kepada pelajarnya untuk belajar dalam keadaan yang kondusif.

Difahamkan, terdapat SOP yang tidak membenarkan pihak sekolah menggunakan langsir di dalam kelas kerana ia boleh menghalang pengudaraan.

Risau keadaan pelajarnya yang mungkin akan terdedah kepada cuaca panas jika tiada langsir, Hafizi Hamizi telah membeli sendiri tinted untuk ditampal pada cermin tingkap.

Menerusi video yang dimuatnaiknya di TikTok, dia juga telah menyediakan kelengkapan belajar lain iaitu kertas lukisan untuk pelajar di dalam kelasnya serta mencuci meja dan kerusi.

@iam_hafizihamizi

Sekolah nak buka ape cikgu buat.? Buat tag meja, cuci meja n kerusi, buka lgsir, pasang tinted etc #fyp #cikgu #sekolah #pdpr

♬ ONLY – LeeHi

Hafizi yang merupakan cikgu seni juga mendedahkan bahawa dia menggunakan duit sendiri untuk membeli semua barang tersebut. Menurutnya, ia dianggap sebagai sedekah.

Saya tak kisah, ia cara mudah nak bersedekah untuk budak-budak,” katanya.

@iam_hafizihamizi

Reply to @dash_9427

♬ original sound – hafizi – hafizi

Usahanya itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, tetapi juga dari bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sumber: iam_hafizihamizi

Sofea

There's always another side to every story