Siakap Keli

Wanita Lalui Detik Hitam Dirogol Dalam Kereta Api Penuh Penumpang, Tapi Seorang Pun Tak Tolong

Warga Amerika Syarikat dikejutkan dengan satu kejadian rogol yang amat memilukan yang menimpa seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Pennsylvania.

Apa yang mengejutkan adalah kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi penumpang, bagaimanapun tiada seorang pun yang tampil menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan.

Detik-detik hitam yang dilalui wanita tersebut dirakam dengan jelas melalui kamera keselamatan yang dipasang di dalam kereta api berkenaan. Rakaman tersebut turut menunjukkan beberapa penumpang sempat mengambil gambar dan merakam insiden berkenaan.

”Ia sangat mengganggu. Saya terkejut hingga hilang kata-kata. Saya tidak boleh bayangkan selepas kamu melihat dengan mata kamu sendiri (insiden berkenaan) dan apa yang wanita ini lalui ketika tiada seorang pun yang datang memberikan bantuan,” kata pegawai polis yang menyiasat kes berkenaan, Timothy Bernhardt.

”Saya tidak tahu kita hidup di dalam masyarakat yang macam mana. Tiada sesiapa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

”Sepatutnya, jika kamu melihat sesuatu yang menjelikkan berlaku seperti insiden yang menimpa wanita ini, kamu perlu melakukan sesuatu, kamu perlu masuk campur,” katanya lagi.

Wanita itu hanya mendapat bantuan apabila insiden berkenaan disedari oleh salah seorang petugas kereta api yang kemudiannya menghubungi polis untuk membuat aduan.

Suspek berjaya ditahan di stesen kereta api berikutnya oleh pihak berkuasa. Lelaki berumur 35 tahun itu berdepan dengan pelbagai tuduhan antaranya jenayah rogol dan serangan seksual.

Sumber: ABC News, Asia One

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.