Siakap Keli
Gambar: The Irish Times

Lelaki Didakwa Tendang Perut & Seret Teman Wanita Yang Hamil 29 Minggu Kerana Kesal Anak Itu ‘Milik’ Lelaki Lain

Seorang lelaki didakwa ‘memusnahkan’ bayi yang belum dilahirkan oleh teman wanitanya yang hamil dipercayai kerana kesal bayi tersebut adalah milik lelaki lain, menurut mahkamah, memetik laporan Daily Mail.

Menurut dakwaan, lelaki tersebut telah menyerang wanita yang hamil 29 minggu itu untuk membunuh anak berkenaan. Lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan sengaja menendang dan menumbuk perut mangsa dan menyeretnya sepanjang jalan, tambah portal berkenaan.

Menurut pihak polis, wanita itu ditemui sedang meringkuk di kebun belakang sebuah rumah. Pemilik rumah tersebut telah menghubungi pihak polis selepas melihat keadaannya.

Mangsa telah dibawa ke hospital bagi rawatan susulan. Pemeriksaan kandungan dijalankan dan dipercayai tiada bunyi degupan jantung bayi dan wanita itu terpaksa melahirkan bayi itu.

Teman lelakinya telah didakwa atas kesalahan pemusnahan kanak-kanak di bawah Akta Pemeliharaan Kehidupan Bayi (1929).

Pihak mahkamah mengatakan bahawa lelaki tersebut telah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya selama beberapa bulan dan mendapati bahawa wanita tersebut sudah hamil sebelum mereka bersama.

Pihak pendakwaan mengatakan defenden berasa bengang mengenai tanggungjawabnya untuk membesarkan anak yang bukan dari darah dagingnya.

Selepas ditangkap, pihak polis telah mendapatkan kembali rakaman di telefonnya kepada mangsa dengan mengatakan bahawa dia kecewa bayi itu bukan miliknya.

Menurut sumber, serangan tersebut berlaku apabila lelaki tersebut telah mengekori wanita itu dengan menaiki basikal. Dakwaan mengatakan bahawa wanita itu sedang sarat hamil ketika bertemu dengan lelaki tersebut dan ayah kandung bayi itu.

Pada malam kejadian, wanita tersebut diserang dan menyebabkan dia kehilangan bayinya yang usia kandungannya baru mencecah 29 minggu dan mengalami kecederaan parah.

Seorang saksi dipercayai menggambarkan lelaki itu melakukan kekerasan dan menendang perut pasangannya di jalan.

“Dia melihat suspek memukul wajah dan mengheret di sepanjang jalan dan menendang perut”

“Seorang penduduk yang mendengar bunyi seperti mengheret beg kompos”

Pihak pendakwa mengatakan walaupun wanita itu diseksa, tetapi dia masih bersama dengan teman lelakinya itu.

Selepas kejadian itu, wanita tersebut diserang lagi dan didakwa pernah melarikan diri dari rumah lelaki itu dengan muka yang bengkak dan berlumuran darah.

Lelaki itu menafikan dakwaan tersebut dan mengaku tidak bersalah kerana memalsukan keadilan berkaitan tuduhan bahawa dia memaksa mangsa agar mengubah pernyataannya.

Perbicaraan mengenai kes ini masih lagi diteruskan oleh pihak mahkamah.

Sumber : DailyMail

Fathin Nadzira