Siakap Keli
Gambar via Bernama

Pengembara Dari Luar Negara: Kuarantin 7 Hari Untuk Yang Lengkap Vaksinasi & 10 Untuk Yang Tiada Atau Tak Lengkap Vaksinasi Berkuatkuasa 18 Oktober Ini

Kementerian Kerajaan Malaysia (KKM) memaklumkan pengurangan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara dari luar negara.

Pengembara luar negara di sini merujuk warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara.

Bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi, tempoh kuarantin yang ditetapkan adalah tujuh hari sama ada di rumah (jika sesuai) atau stesen kuarantin. Pengembara dari luar negara yang telah lengkap vaksinasi perlu menjalani ujian RT-PCR pada hari kelima.

Manakala pengembara dari luar negara yang tidak mengambil atau tidal lengkap vaksinasi perlu menjalani tempoh kuarantin 10 hari di stesen kuarantin dan menjalani ujian RT-PCR pad hari kelapan.

Pengurangan tempoh perintah pengawasan ini telah mula berkuatkuasa sejak 18 Oktober lalu. Pun bagitu, pintu sempadan antarabangsa Malaysia setakat ini masih ditutup.

 

 

Sumber: KKM

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.