Siakap Keli

Ujibakat Pencarian Pelakon / Penyanyi Terbesar Tahun Ini Sudah Bermula

The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan  Armani Entertainment Group (AEG).

Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat  peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.

Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, kami di AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua,  berkata pihaknya yakin dengan  kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat  dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan  lebih berdaya saing.

“Ledakan teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni lain termasuk kerja-kerja di sebalik tabir.

“Mereka perlukan menjadi seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin masa depan,”  katanya.

The Auditon 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang video mereka disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan hakim profesional, yang terdiri daripada selebriti terkenal  tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila

Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita,  Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan Dynas Mokhtar.

Uji bakat itu akan diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu (Sabah).

Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000.

Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.

Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.

Tarikh Uji Bakat Secara Langsung

17 Oktober 2021 (Kuala Lumpur)

24 Oktober 2021 (Kuantan, Pahang)

31 Oktober 2021 (Johor Bharu)

14 November  2021 (Kota Kinabalu, Sabah)

20 November 2021 (Terengganu)

28 November   2021 (Pulau Pinang)

12 Disember  2021 (Final)

Siti Fatimah