Siakap Keli

Umat Islam Yang Mahu Mengerjakan Umrah Boleh Mohon Dos Penggalak Guna Ciri Baharu Di MySejahtera- KJ

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa umat Islam yang mahu mengerjakan Umrah boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan dos penggalak menggunakan ciri baharu di aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, ia perlu dilakukan supaya perjalanan ke Tanah Suci berjalan lancar dan selamat.

Sebelum ini, Khairy mengatakan  KKM akan memulakan dos penggalak kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sumber: KKMalaysia

Sofea

There's always another side to every story