Siakap Keli
Gambar: @adrianchiaaa

(Video) Licin & Boleh ‘Tergelincir’, Abang Ni Tunjuk Kenapa Bahaya Pakai Selipar Ketika Memandu

Mesti ramai daripada kita yang kurang gemar pakai kasut, apatah lagi masa memandu kenderaan. Dalam ruangan yang tertutup seperti itu, rasa macam tak perlu pula nak berkasut.

Tak dinafikan, pakai kasut masa memandu ni kadang-kadang boleh buat kaki tak selasa, rasa macam kedap je kaki. Maka tak sedikit daripada kita memilih untuk pakai selipar atau sandal semasa memandu.

Namun persoalannya, kalau pakai selipar masa memandu tak kena saman ke?

Bagi yang tertanya-tanya perihal pakai selipar masa memandu, video yang dikongsikan pengguna TikTok @adrianchiaaa ni mungkin dapat menjawab persoalan korang.

Kalau korang nak tahu, pakai selipar semasa memandu sebenarnya bahaya. Hal ini kerana, permukaan pada selipar selalunya lebih licin. Jadi kalau pakai selipar masa memandu, ia lebih berisiko tergelincir ketika menekan pedal.

Bayangkan kalau berlaku kecemasan dan kaki korang tergelincir masa nak tekan brek, ia bukan sahaja membahayakan korang, tapi pengguna jalan raya lain juga.

Untuk tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

@adrianchiaaa

Geng kaki ayam sila lapor diri #carsafetytips #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #wapcar

♬ Reality – Lost Frequencies

“Baru tahu tak salah..”

Menjengah ke ruangan komen, rupanya masih ramai yang tak tahu sebenarnya pakai selipar masa memandu kenderaan sendiri tak salah di sisi undang-undang jalan raya. Pun begitu, tak sedikit yang memilih untuk berkaki ayam semasa memandu, katanya lebih selesa.

Sumber: TikTok @adrianchiaaa

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.