Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.05 petang tadi, beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa kawasan di Johor dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam, manakala bagi lima buah negeri lagi termasuk Sabah dan Sarawak dijangka sehingga jam 7 malam ini.
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) Terengganu (Kuala Terengganu dan Dungun) Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin) Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru) Sarawak: Kuching (Lundu dan Kuching), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang. Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Merdu) sehingga jam 7.00 malam; Khamis, 21 Oktober 2021.
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Johor (Kluang dan Kulai) sehingga jam 8.00 malam; Khamis, 21 Oktober 2021.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/AT90dMaxok
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 21, 2021
Sumber : MetMalaysia