Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Astro Warna Mohon Maaf, Takkan Berkompromi Dengan Isu Gangguan Seksual

Susulan klip video berbaur seksual dalam sebuah program bual bicara terbitan Astro Warna baru-baru ini, pihak produksi tampil meminta maaf.

Memetik laporan Astro Awani, pihak penerbit program “Rumah No. 107” itu juga menegaskan tidak berkompromi dengan hal-hal terkait gangguan seksual dan diskriminasi terhadap kaum wanita baik dari segi perbuatan mahupun lisan.

Menurut Astro Warna, mereka memandang serius akan hal ini dan memohon maaf atas ketelanjuran yang telah menyinggung mana-mana pihak.

Tambah penerbit program sketsa dan bual bicara komedi tersebut, Astro Warna akan lebih peka dan berhati-hati dalam meniliti input program-program terbitan mereka selepas ini.

Sumber: Astro Awani

Eyla Azri