Siakap Keli
Gambar: Google

Budak 11 Tahun Dilapor Meninggal Dunia Di Sekolah, Dipercayai Akibat Serangan Jantung

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dilapor meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika berada disekolah.

Kanak-kanak tersebut rebah di Kolej Komuniti Moat di Highlands, Leicester pada Selasa lalu. Bantuan sampai kira-kira dalam pukul 11.30 pagi selepas dia didapati rebah dan mangsa meninggal tidak lama selepas itu.

Susulan kejadian itu, rakan-rakan mangsa dan staf di sekolah berkenaan telah ditawarkan sesi kaunseling untuk menghilangkan trauma.

Menurut pengetua sekolah Brian Killeen, “Semua orang di sekolah ini sangat terkejut dan terkesan dengan kajdian ini. Jadi kami akan berterusan memberikan sokongan kepada pelajar serta staf untuk beberapa hari dan minggu akan datang.”

Tambahnya lagi, “Pihak majlis perbandaran telah menyediakan kaunselor terlatih sejak pagi Khamis bagi mereka yang memerlukan. Dan punca bagi kejadian ini masih belum diketahui, jadi tidak sesuai untuk kami memberi sebarang komen pada ketika ini.”

Polis Leicestershire menyatakan, mereka mendapat panggilan daripada Servies Ambulance East Midlands yang memaklumkan tentang kejadian ini. “Anggota tiba disekolah terbabit, malangnya kanak-kanak tersebut meninggal tidak lama kemudian.”

Sumber: Yahoo News

Zahirah