Siakap Keli
Gambar Hiasan via Daily Mail

Hampir 2,000 Penduduk Terjejas, Talian Wifi Terputus Dipercayai Kerana Tikus Gigit Kabel Internet

Hampir 2,000 penduduk terpaksa menghabiskan hujung minggu mereka tanpa sambungan WiFi apabila tikus dilaporkan menggigit kabel internet, lapor Daily Mail.

Jurutera daripada  syarikat Openreach telah dihantar ke sana untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi tidak memberikan anggaran masa baik pulih.

Menurut syarikat itu, tikus yang menyebabkan masalah ini berlaku haruslah dipersalahkan. Hal ini kerana, disebabkan tikus-tikus itu kebanyakan penduduk di Torridge tidak mendapat akses internet.

Turut dilaporkan oleh seorang jurucakap, bahawa jaringan bagi telefon dan jalur lebar di sekitar kawasan Bideford, Clovelly, Hartland dan Horns Cross turut terjejas.

Gambar: Dailymail

Seorang jurucakap berkata: ‘Jaringan telefon dan jalur lebar kami di dan sekitar kawasan pertukaran Bideford, Clovelly, Hartland dan Horns Cross telah dirusak oleh tikus.

Jurutera bagi syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan selamat.

Sumber: DailyMail

Nadhirah