Siakap Keli
Gambar: Days 8 & Viki

Kena “Cancel” Dengan Penonton, Tv Korea Gugur Pelakon Hometown Chachacha Dari Programnya

Pelakon Korea Selatan, Kim Seon Ho secara rasmi berundur dari sebuah rancangan 2 Days & 1 Night Musim Keempat terbitan KBS2 selepas terpalit kontroversi baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, seorang wanita dikatakan memuatnaik hantaran pada 18 Oktober lalu yang mengatakan pelakon yang pernah menjadi kekasihnya memaksa dia menggugurkan kandungan dan memberi janji palsu akan menikah dengannya.

Dua hari setelah hantaran tersebut diunggah, pelakon yang turut membintangi drama Hometown Cha-Cha-Cha ini bertindak meminta maaf dan mengakui bahawa pelakon yang dimaksudkan wanita tersebut adalah dirinya.

Pada hari yang sama, pihak produksi rancangan aneka ragam 2 Days & 1 Night membuat hebahan bahawa pelakon berkenaan akan digugurkan dari rancangan tersebut.

Tambah produksi itu, mereka akan cuba sedaya upaya mengedit keluar babak Kim Seon Ho yang telah dirakam untuk mengurangkan rasa tak selesa dalam kalangan penonton.

Sumber: Soompi

Eyla Azri