Siakap Keli
Kredit : Bernama

Macam Mana Nak Tahu Kita Begitu Hampir Dengan Panahan Petir? Buat Kiraan 30 Ini & Bersedia Untuk Berlindung

Ketika ribut petir sedang melanda di kawasan yang anda berada, sudah pasti akan timbul perasaan gementar dan lantas mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Pun begitu, adakah cara kita menyelamatkan diri dari ribut petir adalah tindakan tepat?

Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di Facebook, terdapat cara untuk mengetahui bagaimanakah untuk mengenal pasti adakah kita berada berhampiran dengan panahan petir?

Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda mengetahui tips ini.

Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu HAMPIR dengan panahan petir.

SEGERA cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu dan jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.

Selain itu, Jangan sibuk membasuh baju, mandi manda, basuh pinggan dan basuh tangan ketika ribut petir.

Sumber : Public Health Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.