Siakap Keli
Gambar via Bernama

Pandelela Bongkar Dulu Ada “Coach” Suka Buat Lawak Lucah, ”Saya Tegur Dia, Tapi Kena Buli Balik”

Jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong melalui ciapan di laman Twitternya hari ini terbuka untuk berkongsi pengalaman dirinya berdepan dengan seorang jurulatih yang seringkali membuat lawak berunsur lucah hingga mengundang rasa tak selesa.

Menurut Pandelela melalui hantarannya, awalnya beliau hanya mendiamkan diri dan pura-pura ketawa kerana takut. Namun Pandelela mengaku sudah tidak tahan dengan lawak sedemikian dan bertindak menegur jurulatih tersebut. Tapi sayangnya dia dikatakan dibuli balik kerana memberi teguran.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.

“Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.

“Paling sedih dalam tujuh tahun tu dia buat hal setiap tahun, tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab backup besar,” tulis Pandelela dalam ciapannya hari ini.

Pandelela turut menegaskan bahawa lawak tentang rogol tak kelakar. Malah beliau menyeru supaya mangsa perbuatan keji ini tampil membuka suara.

Hantaran Pandelela sebentar tadi turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan beberapa tahun lalu.

Jelas Khairy, walaupun keputusan yang diambil pihaknya beberapa tahun lepas masih dikritik sesetengah pihak, namun beliau tidak pernah menyesal akan keputusan yang dibuat berkait isu ini.

Tambah beliau, keselamatan atlet dari segi fizikal dan mental adalah lebih penting daripada kilauan sebuah pingat.

Sumber: Pandelela Rinong

Eyla Azri