Siakap Keli

Trump Lancar Aplikasi Media Sosial Baharu ‘TRUTH Social’, Kecewa Suara Presiden ‘Kesayangan’ Didiamkan

Mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilapor melancarkan rangkaian media sosial baharu miliknya, TRUTH Social yang akan mula digunakan secara meluas mulai awal 2022.

Menurut laporan Daily Mail, platform yang dibangunkan oleh Kumpulan Teknologi & Media Trump (TMTG) itu akan menjadi ‘seteru’ kepada ‘konsortium media yang liberal’ dan ‘menjadi lawan kepada syarikat-syarikat gergasi’ yang ada di Lembah Silikon. Trump mendakwa syarikat-syarikat ini menggunakan kuasa yang mereka ada untuk mendiamkan suara-suara ‘kebangkitan’ warga Amerika.

”Saya menghasilkan TRUTH Social dan menubuhkan TMTG untuk berdepan dengan syarikat-syarikat gergasi ini. Kita hidup di dunia dimana ada kelompok tertentu mempunyai pengaruh begitu besar di dalam media sosial, dan pada masa yang sama suara Presiden kesayangan ramai telah didiamkan.

”Ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya merancang untuk memuat naik ‘Truth’ setiap hari di TRUTH Social nanti,” katanya, yang turut menjadi Pengerusi TMTG.

Aplikasi berkenaan kini tersedia secara pra-tempah dalam gedung aplikasi Apple AppStore pasaran Amerika Syarikat, manakala versi betanya akan dilepaskan pada November ini.

Sumber: Daily Mail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.