Siakap Keli
Gambar: @tanjak24

(Video) Tular Sungai Didakwa ‘Muntahkan’ Emas, Pengunjung Tak Berhenti Datang

Emas adalah suatu mineral yang mempunyai nilai tinggi di pasaran. Bukan sahaja cantik, emas juga banyak dilihat dijadikan barangan perhiasan khususnya untuk kaum wanita.

Kerana permintaannya yang tinggi serta sukar untuk ditemui, jadi tidak hairanlah mengapa nilai emas ini boleh menjadi tinggi.

Pada baru-baru ini, telah tular satu video yang memaparkan penemuan yang didakwa sebagai emas di sebuah sungai.

Penemuan emas di sebuah sungai itu dipercayai berlaku di Indonesia.

Menjengah ke ruangan komen, pemilik video itu mendakwa bahawa pada ketika ini, orang ramai sibuk mengerumuni sungai berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan lokasi sebenar serta kesahihan emas itu. Namun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih sejuta kali.

@tanjat24

auto kaya menemukan sungai emas #banyak #EMAS #woww #fy #viral #fypシ #fypdongggggggg #goldmining #goldman #pon #fyp #fypage #apa2bisagaya #emas

♬ M to the B – Millie B

Sumber: @tanjat24

Aqmal Ezany

I write what is right