Siakap Keli

(Video)“Dalam Masa Sama Kejar Cita-Cita & Cinta,” Mekanik Kongsi Apa Kena Fikir Sebelum Beli Kereta Pertama

Selain rumah, kereta juga merupakan salah satu daripada komitmen jangka panjang yang perlu dihadapi oleh kita semua bila meningkat dewasa. Bagi yang pertama kali ingin membeli kereta, banyak perkara yang mesti dipertimbangkan terlebih dahulu agar kelak korang tidak akan merasa rugi atau menyesal.

Tidak kira apa jua jenis kereta yang diidamkan, paling penting adalah korang perlu merancang kewangan dengan sebaiknya untuk menghadapi masa depan yang mungkin lebih mencabar dari sekarang.

Sebelum memutuskan untuk membeli kereta apa, mungkin korang boleh mendapatkan tips yang telah dikongsikan oleh @muadzmustafha ini baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Muadz menasihati individu bujang yang baru bekerja agar membeli kereta terpakai yang sesuai mengikut kegunaan seperti kereta Myvi.

Tidak cuma itu, beli kereta dengan cara berhutang untuk membina rekod kewangan yang baik dan bila sudah menggunakan kereta, perhatikan dalam masa 5 tahun pertama, adakah korang mampu untuk menanggung semua kos termasuk kos membaiki kereta. Dalam masa yang sama, fokus pada kerjaya dan terus kejar cita-cita.

Mampu tu macam mana? Tengok kita bayar, adakah tangan tu menggigil atau bayar dalam keadaan senang hati,” katanya.

@muadzmustafha

Teringin beli kereta pertama? #lelakiidaman #wanitahebat #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat tersebut dan ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri.

Sumber: muadzmustafha

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.