Siakap Keli

5 ‘Recommended’ Filem Tentang Bencana Alam Yang Paling Mendebarkan

Hujung-hujung tahun biasanya beberapa negeri di Malaysia akan memasuki musim peralihan Monsun Timur Laut yang menyebabkan kawasan rendah terutama di tepi sungai berisiko dinaiki air.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan menjangkakan negara akan mengalami ribut petir serta hujan lebat lebih kerap bermula hujung September sehingga pertengahan atau hujung Oktober ini.

Menarik hari ini, SK nak berkongsi beberapa filem yang menceritakan tentang ‘kemusnahan bumi’ daripada bencana alam seperti ribut dan banjir besar.

#1 The Perfect Storm (2000)

Menceritakan tentang sekumpulan nelayan yang ingin meneroka sebuah kawasan lubuk ikan. Dalam perjalanan ke Flemish Cap (lubuk) tersebut, pelbagai dugaan dialami mereka termasuk salah seorang kru telah jatuh ke dalam air sehingga ke serangan ikan yu diatas kapal.

Perjalanan mereka ke Flemish Cap akhirnya sampai dengan tangkapan ikan yang luar biasa banyak. Namun kegembiraan mereka berakhir disitu apabila amaran badai ribut paling kuat dalam sejarah peradaban dunia diterima. Awalnya mereka ingin tinggal di Flemish Cap namun peti ais ikan rosak dan terpaksa pulang untuk mengelakkan ikan busuk serta rugi jutaan dollar ringgit. Mereka terpaksa berhadapan dengan ombak lebih tinggi daripada bangunan. Mampukah mereka pulang dengan selamat?

#2 Crawl (2019)

Florida dilanda ribut taufan kategori lima yang sangat teruk menyebabkan anak beranak ini, Kaya Scodelario dan bapanya, Barry Pepper terperangakap di bawah rumah. Masalah mereka bertambah besar apabila beberapa ekor buaya terlepas dan menunggu masa untuk menjamah mereka.

Berjayakah dua beranak ini keluar dariapda ancaman alligator ini untuk menyelamatkan diri?

#3 Frozen (2010)

Bukan Frozen Elsa dan Anna, tapi Frozen ini mengisahkan tiga sekawan yang ‘berani mati’ naik kereta kabel yang telah ditutup kerana ribut salji. Ditambah dengan cuaca yang sangat buruk, lampu di seluruh pusat peranginan itu ditutup dan mereka mula kedinginan. Ada satu babak dimana mereka tergantung ditempat yang tinggi dan sejuk, berjuang untuk hidup.

Pokoknya, kalau masih nak stay, akan mati beku, dan kalau turun akan dibaham serigala. Macam mana kesudahannya?

#4 The Day After Tomorrow (2004)

Perubahan cuaca yang tak menentu telah menyebabkan beberapa buat negara ‘dihentam’ hujan ais, ribut taufan, banjir besar. Berlakunya hujan ais terdahsyat di Jepun, badai salji di India dan angin ribut terbesar di California sehingga menghancurkan papan tanda ‘Hollywood’.

Ditengah-tengah banjir, terjadi pula ombak luar biasa sehingga ‘menelan’ Manhattan. Bagaimana mereka terus bertahan?

#5 The Mist

Bagaimana jika ribut petir bertukar kabus misteri yang membunuh? Tiada siapa yang tahu apakah yang menanti mereka didalam kabus tersebut sehingga muncul sosok tangan persis sotong bertaring dan membelit saksi yang melihat. Ketakutan telah mempengaruhi pergerakan mereka, namun masih ada yang berani meredah kabus demi terus hidup. Pengakhirannya? Tengoklah sendiri ya.

Sumber: Group Movie Lovers Malaysia IMDB

Nur Farra