Siakap Keli
Gambar: Tribun Sumsel

Angkara Ketagihan Tonton Filem Lucah, Remaja Tergamak Rogol Adik Kandung Sendiri

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Muratara, Indonesia berjaya ditahan pihak polis atas dakwaan merogol adik kandungnya sendiri yang baru sahaja berusia 13 tahun.

Menurut portal Tribun News, pelaku mengakui bahawa dia nekad bertindak sedemikian kerana ketagihan menonton filem lucah.

Kejadian itu berlaku pada hari Ahad (3/10/2021) petang ketika mereka ditinggalkan berduaan di rumah ibu saudara mereka yang terletak di Kabupaten Karang Dapo, Kabupaten Muratara, Indonesia.

Difahamkan bahawa pelaku dan mangsa tinggal di rumah ibu saudara mereka itu kerana ibu mereka telah meninggal dunia.

Ayah mereka pula dilaporkan berada dipenjara sejak dari tahun 2020.

Ketika kejadian, ibu saudara mereka itu sedang berada di Kota Lubuklinggau. Pelaku telah memanfaatkan peluang tersebut dengan merogol adiknya di dalam tandas rumah berkenaan.

Menurut portal Tribun Sumsel, kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya bahawa alat sulitnya sakit setelah dirogol oleh pelaku.

Ekoran daripada itu, ibu saudara mereka terus melaporkan kejadian itu ke pejabat polis Musi Rawas Utara.

Mangsa kemudiannya dibawa menjalani rawatan di hospital.

Hasil soal siasat yang dijalankan oleh pihak polis, pelaku mengakui bahawa dia kerap menonton filem lucah di telefon bimbit milik rakannya.

Akibat daripada kebiasaan menonton filem itu, pelaku telah melampiaskan nafsunya ke atas adik kandungnya sendiri.

“Kerana sering menonton, pelaku menjadi terinspirasi dan melakukan perbuatan itu ke atas adiknya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Pejabat Polis, AKP Dedi Rahmad.

Ketika melakukan perbuatan tersebut, pelaku juga mengugut untuk memukul mangsa sekiranya mangsa menolak.

Pelaku dilaporkan telah menyesali perbuatan ke atas adiknya itu.

Akibat daripada perbuatannya itu, pelaku bakal berhadapan dengan hukuman minimum penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Tribun News

Aqmal Ezany

I write what is right