Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memberi peringatan kepada orang ramai yang dine in di restoran agar memakai pelitup muka sejurus selepas makan.
Menerusi ciapannya di Twitter, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan ramai individu yang berbual-bual selepas makan tanpa memakai pelitup muka.
“Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka,” katanya.
Kebenaran untuk dine in telah dikuatkuasakan di seluruh negara sejak dua bulan yang lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Syarat utama untuk individu yang ingin dine in adalah perlu lengkap dua dos suntikan vaksin.
Gentle reminder: when you dine in, please put your mask on after you finish eating. @KKMPutrajaya seeing too many examples of people talking after eating with masks off. Bila dah habis makan & mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 22, 2021
Sumber: Khairy Jamaluddin