Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkam bahawa terdapat sebanyak 6,630 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,420,222 kes.
Kes baharu pada hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 6,210 kes semalam.
Maklumat lanjut mengenai kes harian akan dimuatnaik di laman COVIDNOW.
Sehingga 22 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,630 kes (2,420,222 kes):
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 22, 2021
Sumber: Noor Hisham Abdullah