Siakap Keli
Kredit: Mizee Abu Bakar

(Video) Lebih 1.4k Perkongsian, Lelaki DIY ‘Table Top’ Dapur Hingga Nampak Eksklusif & Mewah, Kos Rendah Lebih Jimat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ruangan dapur boleh dikatakan salah satu ruang yang sangat dititik beratkan oleh pemilik rumah atau ahli di dalam rumah tersebut. Apa tidaknya, dapur yang kemas dan selesa akan membuatkan seseorang itu lebih bersemangat untuk menyediakan juadah makanan.

Boleh dikatakan kos agak tinggi untuk membina dapur yang eksklusif seperti kabinet yang tampak mahal. Walau bagaimanapun, perkara itu sebenarnya boleh diatasi dengan membuat Do It Yourself (DIY) dengan harga yang lebih murah.

Seperti yang dikongsikan oleh Mizee Abu Bakar melalui Group ‘Tukang Apa Hari Ini, beliau telah menghasilkan table top dapur dengan kos yang mampu milik. Perkongsiannya itu juga sehingga kini telah meraih sehingga 1.4 ribu perkongsian di Facebook.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan, ruangan sebelum table top dibina hanyalah kosong dan cuma mempunyai singki pada tingkap, namun selepas 80 peratus siap, table top tersebut dilihat begitu kemas dan ekslusif. Ditambah dengan hiasan pada dinding, dan kombinasi warna pada binaan tersebut membuatkan dapur menjadi lebih ‘tenang’

Alhamdulillah 80% siap, DIY table top c channel..biase duk tgok kitchen cabinet yg gempak2 dlm ni, sy cara B40 jelah.
Kredit: Mizee Abu Bakar
Kredit: Mizee Abu Bakar
Kredit: Mizee Abu Bakar
Kredit: Mizee Abu Bakar
Kredit: Mizee Abu Bakar
Kredit: Mizee Abu Bakar

Ditanya berapakah kos yang dibelanjakan, beliau memaklumkan bahawa sekitar RM500 yang digunakan untuk menyiapkan projek tersebut.

Sekiranya anda pun berkeinginan untuk membina table top seperti yang dikongsikan, jangan risau kerana anda boleh tengok ‘step by step’ cara DIY melalui video di bawah:

Tambahnya, mungkin akan ada binaan counter bar budget yang bakal dikongsikan selepas ini. Agar tidak terlepas menonton video tersebut pada masa akan datang, anda boleh melawati channel miliknya di youtube dengan nama TAB Creative.

Sumber: Mizee Abu Bakar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa