Berkhemah atau camping merupakan aktiviti rekreasi luar yang sangat sesuai dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain menghilangkan tekanan, kita juga boleh menikmati keindahan alam dan dapat mengelak sebentar dari hiruk pikuk di bandar.
Sebelum berkhemah, banyak persediaan yang perlu dilakukan termasuk bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh melakukan aktiviti tersebut.
Bagaimanapun, agak sukar untuk membawa makanan yang boleh dimasak seperti di rumah. Kebanyakan orang hanya akan membawa makanan di dalam tin kerana ia lebih tahan lama.
Bercakap mengenainya, seorang pengguna Facebook, Asri Ahmad ada berkongsikan mengenai cara untuk membekukan makanan yang akan dibawa untuk aktiviti berkhemah.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Group Family Camping Malaysia, Asri mengatakan bahawa ia merupakan cara yang telah digunakan oleh syarikat penerbangan untuk menyimpan makanan menjadi lebih tahan lama.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
CARA AIRLINES BEKUKAN MAKANAN DALAM KAPAL TERBANG. MUNGKIN BOLEH JADIKAN TIPS SEDIKIT YG BERCAMPING
As salam semua
Banyak kat sini saya baca tentang cara-cara nak bekukan makanan. Saya kongsikan pengalaman saya selama 25thn dalam airlines. Cara bagaimana airlines menjaga tahap makanan supaya tahan hingga bebelas jam dalam kapal.
Contoh seperti satay. Kul-london-kul kita jaga bekukan satay hingga penumpang makan pun rasa macam baru bakar jer keluar panas-panas fresh.
Caranya:-
Kita boleh masak makanan apa saja. Masak siap-siap di rumah. Ayam masak merah ke, kari ke, daging rendang ke apa saja. Biarkan sejuk sedikit suam-suam, masukkan dalam plastik macam kat kedai tu. Ikat ketat-ketat. Masukkan dalam freezer bekukan. Semalaman.
Beli dry ice macam dalam gambar saya bagi tu. Dry ice ni kena rendam dlm air 5min. Lap kemudian masukkan dlm freezer tempat beku. Bekukan semalaman. Esoknya nak pergi camping keluarkan lauk-lauk yang dah dibekukan tu juga dry ice sekali. Masukkan lauk-lauk dalam cooler bag.

Selang selikan dry ice juga lauk, lauk ni kita plan la hari pertama nak makan lauk apa? Berapa jenis lauk, jadi mana lauk nak makan dulu letak atas sekali, yang kemudian-kemudian kat bawah-bawah. Permukaan atas sekali letak balik dry ice. Selang seli. Sebab kita nak ratakan kesejukkannya. Insyaallah makanan akan sentiasa beku. Lagi banyak dry ice lagi bagus.
Saya buat mcm ni dulu masa terbang ke Buenos Aires Argentina. Tahan selama 16 hari. Cumanya bila singgah di afrika selatan cape town, saya keluarkan makanan bekukan dalam peti sejuk di hotel. Nak terbang semula ke Argentina saya masukkan balik dry ice yang baru buat mcam yang sama susun.

Kadang lauk tak habis pun sampai balik ke kl makanan elok tak basi dan beku. Insyaallah kalau setakat 3 hari camping tak de masalah. Sama jer macam ayam perap daging perap nak barbecue tu, masukkan dalam plastik yang boleh seal tu susun dengan dry ice. Insyaallah ok.
Cuma yang goreng-goreng tu elok lah masak kat khemah. Ikan atau ayam goreng. Nak macam kfc beli jer ayam goreng bertepung tu kat lotus. Sedap! Masukkan sekali dalam cooler bag tu. Anak-anak pun suka makan. Sayur sayuran saya tak galakkan sebab nanti kena dry ice dia layu. Kuat tau dry ice ni. Berasap2 sejuk dia. Kalau pegang lelama boleh melecur jari. Pakai gloove. 30 sec pegang pun rasa kebas jari.

Macam tu jugalah kami buat bekukan satay dalam kapal letak dlm cooler beg. Kuah pun sama. Ketuk pakai hammer tak pecah kuah tu keras. Simpan dalam foil. Penumpang Nak makan panaskan jer.
So inilah perkongsian pengalaman saya. Saya pun baru lagi dalam bidang camping ni. Pelbagai cara orang buat nak jaga kualiti makanan supaya tak basi atau berbau. Ikut keselesaan masing-masing. Malah dry ice ni jgn buang. Sebab dia recycle boleh guna balik. Airlines pun tak buang. Kami simpan balik. So jimat kos. Bila dry ice tu tak beku dia kempis balik. So rendam balik dlm air buat mcm kita guna mula2. Dia gelembung balik. Tahap beku dia minus dry ice ni. Bukan 0 darjah. Lagi sejuk.

Kalau nak masak lauk-lauk semula boleh didihkan air, tutup api, rendam lauk yang di ikat dalam plastik tu dalam air panas tu beberapa minit. Kalau daging barbecue pun sama rendam sekejap yang dlm plastik kita letak tu. Make sure plastik tak masuk air ikat getah betul. Pakai plastik org niaga lauk tu. Ni tak bocor. Dia akan hilang beku pelahan. Saya dulu kami buka air paip sink di hotel sebab ada yang panas tu kan. So kita rendam dalam sink hotel. Dah cair terus masuk dalam cooker kita panaskan. So yang dalam-dalam tu insyaallah hilang beku dia. Daging-daging barbecue pun buat macam ni rendam dulu. Bukan terus keluarkan dan masak. Memang nanti luar masak dalam tak.
Sekiranya kekurangan saya mohon maaf. Sekadar berkongsi saja. Dry ice murah la sangat. Hehe.. Kat shopee jer saya beli dengan cooler bag. Maaf saya bukan penjual.
Tambahan info:-
Since ramai sangat komen saya tambah sikit ya. Ais dengan dry ais ni beza. Dry ice tahap beku dia ikan tu ketuk dengan hammer pun dok macam tu jer. Dia punya beku memang kaw kaw. So walaupun dry ice tu habis cair jangan risau dia tahan lama. Kalau ais dia sejuk jer ikan atau seafood tu. Letak kat luar sekejap jer boleh masak. Sebab dalam tak beku. Tapi dry ice ni dia beku sampai dalam. So kalau letak kat luar, sampai esok pagi pun sejuk lagi. Sebab tu saya kata tahan lama. So biar je dalam cooler bag tu atau tong ais putih gabus tu. Ok. 3 hari 2 mlm tak de masalah pun. Insyaallah.
Sumber: Asri Ahmad