Siakap Keli

Palsu & Sumber Ini Bukan Dari JAKIM, Nafi Haramkan “Pilot” Wanita Terbangkan Pesawat Ketika Dalam Kokpit

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu penafian mengenai satu posting yang mendakwa pihaknya telah mengharamkan juruterbang wanita untuk menerbangkan sebarang pesawat ketika berada di dalam kokpit.

Berita palsu itu juga mendakwa bahawa JAKIM telah mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk menukar nama ‘Cockpit’ kepada ‘Catpit’.

Menerusi kiriman di Facebook, JAKIM menegaskan bahawa sumber berita tersebut bukan dari pihaknya dan ia adalah berita palsu.

Pihaknya juga memohon kepada orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita tersebut.

Sumber: JAKIM

Sofea

There's always another side to every story