Siakap Keli
Gambar: DailyStar

“Api Di Luar Kawalan,” Wanita Dilapor Bakar Bilik Ayahnya, Dipercayai Kerana Tak Ada Cukup Makanan Di Rumah

Seorang wanita berusia 20 tahun yang menetap di Willingham, Cambridgeshire tergamak membakar bilik tidur ayahnya berikutan lapar dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi di rumah, lapor Daily Star.

Wanita yang bertindak membakar bilik tidur ayahnya setelah bengang kerana kekurangan makanan di rumah mereka berjaya menghindari hukuman penjara.

Pada hari kejadian, wanita tersebut menelefon ayahnya yang sedang berada di tempat kerja dan beliau mengadu bahawa tidak ada makanan yang mencukupi di rumah. Wanita itu meminta ayahnya untuk keluar membeli makanan, tetapi ayahnya menegaskan bahawa dia perlu membeli makanannya sendiri, dengan nada yang marah.

Wanita tersebut kemudian berang dan memberitahu dia akan membakar bilik ayahnya. Beberapa minit kemudian, wanita tersebut menelefon ayahnya kembali dan mengatakan bahawa api itu “sudah berada di luar kawalan”. Beliau menggunakan tisu dan juga kotak kadbod untuk menyalakan api.

Gambar: DailyStar

Sebelum sempat anggota bomba memadamkan api di bilik ayahnya, api tersebut telah merebak ke bahagian bilik yang lain dan telah menyebabkan kerosakan yang besar. Pada 28 April di tempat kejadian, wanita tersebut mengaku memulakan kebakaran dengan membakar tisu di dalam kotak kadbod, kata anggota bomba.

Dalam wawancara oleh polis, wanita itu yang sekarang tinggal di Birmingham, sekali lagi mengakui tuduhan pembakaran tersebut.

Gambar: DailyStar
Gambar: DailyStar

Wanita itu perlu menerima khidmat masyarakat selama 18 bulan di Cambridge Crown Court. Beliau juga diperintahkan untuk menyelesaikan 40 hari aktiviti pemulihan dan dikenakan denda £ 1,000.

”Tingkah laku beliau pada hari itu sama sekali tidak dapat dijelaskan.” tegas PC Antony Piccinelli

Sumber: Daily Star

" "