Siakap Keli
Kredit: bittersweetbeat

“Buat Laa Last Gig,” Bittersweet Umum Tidak Lagi Diteruskan, Ucap Terima Kasih Untuk ‘Perjalanan Yang Hebat’

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan rock indie Bittersweet band?  Bittersweet merupakan sebuah kumpulan rock indie atau britpop yang diasaskan sendiri oleh dua anak muda berasal dari Ipoh, Perak.

Pada 24 Oktober, kumpulan band rock indie yang terkenal dengan lagu ‘Kucing Hitam’ itu telah membuat pengumuman secara rasmi bahawa band tersebut tidak akan diteruskan lagi.

Menerusi akaun Instagram bittersweetbeat, mereka berkongsi pengumuman menyedihkan ini kepada para peminatnya dan rata-rata daripada peminatnya menghargai usaha yang mereka lakukan untuk menghiburkan mereka.

“24.10.21. Sudah waktunya untuk kami umumkan secara rasmi.”

“Kami telah membuat keputusan bahawa kami tidak akan meneruskan lagi BTSWT. Terdapat banyak faktor untuk melihatnya, tetapi kami tidak akan menjadikannya sebagai alasan, ” dalam posting mereka.

“Terima kasih atas segala-galanya, ini adalah satu perjalanan yang hebat.”

“Kepada semua pencnta muzik, (terutama anda The Beats),  teruskan menyokongbakat tempatan. Tiada kata yang mampu kami gambarkan terima kasih kepada anda semua.”

“Semoga kita berjumpa lagi, InsyaAllah. Tamat. #wearethebeats.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BITTERSWEET (@bittersweetbeat)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen positif terhadap pengumuman yang dibuat. Ada yang bersedih dengan khabar yang dibuat dan ada yang juga yang berharap kumpulan band itu membuat gig pada masa hadapan.

Gambar : Instagram bittersweet
Gambar : Instagram bittersweet
Gambar : Instagram bittersweet
Gambar : Instagram bittersweet
Gambar : Instagram bittersweet
Gambar : Instagram bittersweet

Terima kasih Bittersweet dan semoga berjumpa lagi. #terimakasihbittersweet #wearethebeats

Sumber : Instagram

" "