Siakap Keli
Gambar: via HelloDoktor

Tindakan Pantas Dapat Selamatkan Nyawa, Ini Perbezaan Jantung Terhenti & Serangan Jantung

Pernah tak orang di sekeliling anda mengalami masalah serangan jantung atau jantung terhenti? Adakah anda tahu bahawa serangan jantung atau jantung terhenti itu merupakan perkara yang berbeza?

Jantung merupakan organ otot kompleks yang mengepam darah ke seluruh badan. Penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenali dan fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan juga serangan jantung (heart attack). Tindakan pantas mampu menyelamatkan nyawa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit jantung kekal menjadi penyebab kematian utama di Malaysia. Fahami perbezaan jantung terhenti (cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack). Tindakan pantas dapat menyelamatkan nyawa.
Gambar: Facebook KKM

Jantung terhenti atau sudden cardiac arrest

  • Gangguan sistem elektrik jantung
  • Tidak mempunyai tanda amaran
  • Jantung tiba-tiba berhenti berdenyut dan tiada darah dipam ke seluruh badan
  • Pesakit tiada mempunyai denyutan nadi

Serangan jantung atau heart attack 

    • Gangguan aliran darah
    • Mempunyai gejala awal
    • Bekalan darah ke jantung berkurangan atau tersekat tetapi jantung masih berdenyut
    • Pesakit mempunyai denyutan nadi melainkan kes serangan jantung menyebabkan jantung terhenti

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

" "