Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Majlis Sosial Termasuk Perkahwinan Bagi Fasa 4 PPN Di Melaka Dibenarkan – KKM

Bagi negeri-negeri Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pasti menarik nafas lega berikutan dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan. Antaranya kelonggaran yang dimaksudkan ialah penganjuran majlis sosial seperti kenduri perkahwinan, namun terikat dengan SOP yang telah ditetapkan.

Mungkin timbul kekeliruan, KKM menerusi laman Facebook rasmi telah memberikan kenyataan lanjut dengan menjelaskan mengenai kebenaran mengadakan majlis sosial. Menurut perkongsian itu, majlis sosial yang tidak berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri Melaka masih dibenarkan bagi individu yang telah lengkap vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

KKM hari ini telah mengeluarkan penjelasan lanjut mengenai kebenaran mengadakan majlis sosial yang tidak berkaitan boleh dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Penjelasan lanjut

Larangan majlis sosial berkaitan politik yang dinyatakan adalah bagi Negeri Melaka dan mula berkuatkuasa dari 25 Oktober – 27 November 2021 (Hanya Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung dalam tempoh ini).

Majlis sosial bagi Fasa 4 PPN di Negeri Melaka yang TIDAK BERKAIT dengan PRN Melaka seperti perkahwinan, sukan, rekreasi, keagamaan, aqiqah, sambutan hari jadi, majlis pertunangan, kebudayaan, baby shower, cukur jambul, kenduri kesyukuran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Fathin Nadzira