Siakap Keli

Banyak Pakai Sumber, Lebih 27,000 Pokok Dilapor Ditebang Setiap Hari Untuk Hasilkan Tisu Tandas

Walaupun digunakan secara meluas, statistik menunjukkan bahawa tisu tandas adalah produk yang sangat membazir untuk dihasilkan.

Manakan tidak, ia memerlukan banyak sumber untuk dihasilkan terutama dari pokok-pokok.

Menurut Zona Utara, lebih kurang 27,000 batang pokok dilaporkan telah ditebang setiap hari untuk menghasilkan tisu tandas tersebut. Untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, jumlahnya lebih merisaukan.

Difahamkan, rakyat Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan tisu tandas paling banyak di dunia iaitu sekitar 34 juta gulungan sehari, menjadikannya sama dengan 36.5 bilion gulungan setahun.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, sebanyak 1.7 trilion liter air, 250,000 tan peluntur dan 15 juta batang pokok diperlukan setahun untuk menghasilkan tisu tandas.

Menurut kajian, jika ingin ‘menebusnya’ semula pokok yang sudah ditebang, setiap orang perlu menanam kira-kira 384 pokok dalam hidupnya.

Antara negara lain yang turut menggunakan banyak tisu tandas adalah di negara Jerman, UK dan Jepun.

Perlu diingatkan, angka 27,000 itu hanya mewakili 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pokok yang ditebang setiap hari untuk pelbagai tujuan.

Sumber: Zona Utara, SCMP

Sofea

There's always another side to every story