Siakap Keli

BKP Bernilai RM 500 Untuk Yang Hilang Pendapatan Diagihkan Hari Ini, Semak Anda Layak Atau Tidak Disini

Umum mengetahui, serata dunia termasuk Malaysia telah dilanda pandemik COVID-19 yang bermula sejak penghujung 2019 lagi.

Akibat daripada situasi berkenaan, kehidupan harian boleh dikatakan terjejas memandangkan pergerakkan manusia terpaksa dihadkan bagi membendung penularan wabak tersebut.

Ada yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, sekaligus menyebabkan kantung kewangan terjejas teruk bagi meneruskan kehidupan. Sehubungan itu, kerajaan telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan kepada orang ramai yang tidak bernasib baik dalam tempoh ini.

Antaranya adalah Bantuan Kehilangan Pendapatan ataupun BKP. Bantuan Kehilangan Pendapatan diberi kepada hampir 870 ribu individu yang telah kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

Sebanyak RM 500 akan diberikan pada mereka yang layak iaitu individu yang kehilangan pekerjaan dan akan dilihat melalui data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Bantuan ini diberikan dengan harapan dapat membantu dan memberikan manfaat kepada mereka yang telah hilang sumber pendapatan.

BKP diagihkan bermula hari ini, 26 Oktober 2021. Untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan ini, sila layari pautan https://bkp.hasil.gov.my/ .

Sumber: BKP

Zahirah