Siakap Keli

Bukan Bangkai Pesawat Terhempas, Hotel 5 Bintang Ini Terletak Di Malaysia Tapi Ramai Tak Tahu

Memiliki hotel yang menarik, selesa dan unik merupakan impian setiap orang semasa bercuti. Sesetengah pelancong tidak hairan dengan harga yang tinggi, apa yang mereka mahukan hanyalah memiliki hotel yang dapat memuaskan hati mereka.

Seorang pengguna Tiktok bernama @kingmuzzz7 atau Muzaffarzahalan telah berkongsi satu hotel yang sangat menarik untuk tatapan dan perhatian orang ramai.

Hotel ini merupakan hotel lima bintang yang berkonsepkan kapal terbang yang terbiar, namun unik dan sangat menarik untuk disewa. Pemilik hotel ini merupakan orang yang berwarganegara Malaysia iaitu Young Thien Sheng dan Young Yeong Long. Menariknya, mereka berdua merupakan ayah dan anak yang sama-sama berusaha membangunkan hotel ini sehingga berjaya pada masa kini.

Video yang ditonton hampir 100 ribu penonton ini juga telah menerangkan bagaimana boleh terhasilnya hotel lima bintang ini.

“Menurut ayah dan anak ini, mereka telah beli pesawat jenis Boeing 737 400. Semasa nak bawak kapal terbang daripada Selangor ke tempat ini, mereka berdua telah menyewa lima treler dan dua train. Pesawat ini juga telah dibelah kepada beberapa bahagian.” kata Muzhaffar dalam video tersebut.

Muzhaffar juga menjelaskan bahawa hotel ini sangatlah terhad dengan hanya memiliki lima bilik sahaja. Hotel ini mengehadkan bilik tersebut kerana ingin mengutamakan keselesaan maksimum kepada tetamu.

Selain itu, Muzhaffar turut memberitahu sesiapa yang melihat video tersebut bahawa Young Thien Sheng dan Young Yeong Long merupakan individu yang sangat hebat dan bukan biasa-biasa.

“Mereka berdua ni bukan calang-calang orang. Sebelum ini, mereka telah membuka satu kapsul yang dinamakan Time Capsule Retreat. Macam ala-ala cerita Horbit la kan?”

Muzhaffar mengakhiri video tersebut dengan memberitahu bahawa hotel ini terletak di Sungai Lembing, Pahang.

Menarik bukan?

@kingmuzzz7

#CapCut #fyp #foryou #unshadowbanme #viral Siapa pernah pergi yang last sekali tu?best tak

♬ MONEY – 리사 (LISA)

Sumber: Tiktok @Muzhaffarzahalan

Akhmar Ikmal